CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 28, 2008

SIAPA NAK KENAL SHAH...

Salam...hai,shah di sini...kepada sume peminat shah yg ingin mengenali shah dengan lebih dekat lagi,add la shah kt friendster k....ni alamatnyer...shah85_smawit@yahoo.com....Add jer,nanti shah approvekan...wslm...:)

Tuesday, July 15, 2008

KEPADA SEMUA PEMINAT SHAH

SALAM.....kepada semua peminat shah,shah nk ajak korang semua pg pasir gudang 10hb ni.....sebab shah akan adakan show kt sane.....so,jangan lupa untuk ke sana nanti...kita jumpa kt sana ek......:)

KELUARGA PEMBAKAR SEMANGAT...


Malam konsert ke-4...saat2 yang ditunggu Shah muncul juga, keluarga Shah terutama ibu tercinta yang berada jauh di Kota Bharu, Kelantan sempat hadir menyaksikan perjuangan Shah di AN..Sangat2 terharu dan sebak di dada kerana ibu Shah yang kurang sihat dapat hadir ke konsert AN, satu pengorbanan seorang ibu yang tidak akan dapat Shah balas dan talkan Shah lupa...Terima kasih Ibu...Kasih sayangmu ku sanjung tinggi..

THANKS MY SHAH FC






Haa...kalau nak tau inilah dia muka2 Sahabat2 Shah @ SHAH FC yang sudi datang ke konsert dan menyokong Shah di konsert AN..Terima kasih kerana telah bersusah-payah mengorbankan masa anda semua kerana telah menjadi tulang belakang kepada perjuangan Shah di AN. Terima juga kepada para kawan2 dari Engineering dari UiTM Shah Alam yang selalu datang memberi support kat Shah...korang memang BEST la geng!!!!

Sunday, July 13, 2008

PENGGERAK UTAMA SHAH FC...


alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, Allah yang maha esa...sedar tak sedar, dah 4minggu Shah berada di Akademi..macam tak sangka pulak...Terima kasih di atas sokongan dan dorongan daripada sahabat2 SHAH di luar sana kerana menyokong SHAH sepanjang konsert Akademi Nasyid..Terima tak terhingga jugak kepada 2 insan yang bernama saudara Mat dan Heri yang paling sibuk dan bertungkus lumus dalam menguruskan perjuangan Shah di dalam AN..bakal manager2 nih...HEHE...

Thursday, July 10, 2008

KAWAN2, LAGU APE PALING SESUAI...




Salam, sahabat2 shah semua....


SHAH nak mintak tolong lah..kawan2 boleh tak cadangkan lagu2 yang sesuai untuk shah bawa untuk konsert2 akan datang..apa2 lagu pun boleh, janji sarat dengan mesej ketuhanan dan kemanusiaan..lagu2 nasyid pun di alu2kan..




Sebenarnya sebelum ni pun shah ada berhajat nak menyanyikan lagu2 nasyid di konsert an, sebab shah sebenarnya dah biasa menyanyi lagu2 nasyid semasa di ipt dulu, tapi buat masa ni belum ada rezeki lagi nak menyanyi lagu2 nasyid....so, mintaklah jasa baik kawan2 semua cadang kan lagu yg. terbaik dan paling sesuai untuk shah ye....just hantar lah cadangan kawan2 kat komen2 di blog ini atau hantar je kat e-mail shah di shah_an08@yahoo.com
ok, jumpa lagi...assalamualaikum, jumpa di konsert nanti !!

DAH 4 MINGGU DI AKADEMI...

Sedar tak sedar, minggu ni dah nak masuk minggu ke 4 SHAH berada di AN, banyak pengalaman yang cukup berharga SHAH dapat sepanjang 4 minggu ini..Masuk ni dah 3 lagu SHAH bawak:

MINGGU 1 :Kurnia tuhan-Mawi
MINGGU 2 :Bukan Kerana Nama-Ramli Sarip
MINGGU 3: Mustika-M.Nasir

Dan untuk minggu ni Shah akan bwk lagu Warisan-Sudirman..lagu yang cukup mencabar vokal dan penghayatan..
So, anda semua jangan lupa sokong dan undi SHAH ye...

JUMPA LAGI KAK ZURIANA....


Malam konsert 3 tempoh hari, Kak Zuriana telah meninggalkan kami -keluarga Akademi Nasyid..memang sedih gak la coz kak Ana memang berbakat besar, lagipun kami semua dah bagaikan satu keluarga, kak ana dah macam kakak Shah sendiri...Tapi apa nak dikata, takdir dah memisahkan kami senua dengan kak Ana, lagipun kalau bukan kak Ana yang keluar, mungkin Shah sendiri yang akan terkeluar..Tak apa Kak Ana, redha dan bersabarlah, pintu kejayaan ada terbuka luas di luar menunggu kehadiran kak Ana di luar..

Minggu ini jangan lupa saksikan persembahan kami semua di konsert 4 ya!!

Ajak lah SOFIEYA sekali...

Monday, July 7, 2008

KONSERT 3 YANG MENDEBARKAN..







Malam konsert 3 tempoh hari, SHAH bawak lagu Mustika nyanyian Sifu M.Nasir,. terima kasih lah kepada para sahabat2 yang sudi datang menyaksikan dan menyokong Shah, terima kasih jugak kepada para penonton di rumah yang sudi mengundi untuk SHAH..

Tanpa anda siapalah SHAH, tanpa anda semua SHAH tak akan dapat bertahan sampai sekarang ye..hehhe....

Malam tu memang cukup mendebarkan, Fuh...apa tak nya berdiri sebagai bottom 3 buat saya terasa macam nk terlucut lutut dibuatnya...Namun, SHAH terima segalanya.Shah anggap semua ini sebagai dugaan dan cabaran dari allah..Apapun Shah akan cuba perbaiki prestasi utk mggu depan, harap kawan2 semua dapat mendoakan SHAH dapat buat persembahan yang terbaik minggu depan ye..

KONSERT MINGGU 3

MUSTIKA

Kau yang berselindung
Di balik sutra Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu
Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti
Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan
Mustika, oh...
mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

Thursday, July 3, 2008

Shah di 'NASI LEMAK KOPI O'


Sahabat2 semua, pada hari Sabtu ni, 5hb julai, saya akan menjalani sesi 'interview' di tv9 untuk program bual bicara tv iaitu 'Nasi Lemak Kopi O'

So anda semua jangan lupa ye saksikan saya hari sabtu ini di tv9 jam 8pagi..hehe..

Wednesday, July 2, 2008

LAGU TEMA 'AN'

Minggu ni memang sibuk coz banyak persiapan menjelang konsert hendak dibuat..ditambah lagi dengan proses rakaman untuk lagu tema AN..lagu tema ini dirakamkan oleh saya dan juga 4 orang lagi rakan2 Akademi yang lain..

Nak dengar?? TUNGGU!!

BERSABARLAH..SOFIEYA


Pada konsert kedua hari tu, merupakan hari yang mmg cukup mendebarkan..iyelah, malam tu salah seorang daripada kami akan meninggalkan Akademi dan juga kawan2 di Akademi ..Akhirnya sejurus sebelum tamatnya konsert..Hafiz telah mengumumkan Sofieya terpaksa meninggalkan Akademi..Sedih memang sedih, kerana kami terpaksa melepaskan Sofieya, sahabat2 yg. baru sahaja kami kenali, tapi apa nak buat, takdir telah ditentukan Allah yang maha esa..So, kepada kawan2 Sofieya jgn putus asa ye!! ini bukan pengakhiran matlamat dan misi kita dalam memperjuangkan dan mengangkat irama Nasyid dan Lagu2 kemanusiaan di tahap yang lebih tinggi di pandangan masyarakat..Teruskan misi korang dan gunakan lah aset berharga yg. digunakan Allah ini utk. berdakwah, kami kawan2 di Akademi sentiasa berdoa akan kejayaan Sofieya..Korang pun sama2lah 'support' dan sokong kami, jemputlah dtg. tonton persembahan kami setiap minggu, dan jgn lupa undi SHAH..
Taip AN SHAH dan hantar ke 33399....hehe..
Oklah, jumpe lagi, assalamualaikum..HIDUP SOFIEYA!!

Tuesday, July 1, 2008

ASSALAMUALAIKUM YA SAHABAT!!

Assalamualaikum kepada semua SAHABAT2 SHAH yang sudi meninjau blog saya ini, tujuan utama diwujudkan blog ini adalah sebagai salah satu medium untuk kita sesama insan lebih dekat dan mengenali dengan lebih rapat lagi sesama kita.Sesuai lah dengan suasana dan perkembangan teknologi IT masakini yang mana, penggunaan internet,email dan blog sudah tersebar luas di merata dunia..
Kepada sahabat-sahabat semua anda boleh menghantar sebarang e-mail kepada ke shah_an08@yahoo.com ataupun di www.friendster.com/shah
Baiklah, selamat berkenalan dan jumpa lagi..Jemput datang menyaksikan kami para 12 peserta Akademi Nasyid 2008 di Sri Pentas 2,Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor pada setiap hari Sabtu jam 8.30 malam

KONSERT PERTAMA AKADEMI NASYID




Tanggal 21 June 2008, bermula lah ujian pertama kami sebagai 12 peserta Akademi Nasyid 2008..Fuhh..masa tu memang mencabar..pertama kali membuat persembahan secara LIVE di hadapan penonton di studio, ditambah lagi dengan persembahan mantap daripada sahabat-sahabat Akademi Nasyid yang lain..Tapi alhamdulillah debaran dapat di atasi dan lagu "Kurnia Tuhan" dapat disampaikan kepada penonton..Akademi Nasyid menampilkan 12 orang peserta yang datang dari seluruh Malaysia..antaranya ialah seperti: 1. SHAH (saya sendiri) 2. AiMAN 3. AZHAN 4. CICIK 5. EDA 6. ANA 7. D'VISION 8. IN HEART 9. MUSLIM VOICE 10. VOICE of MEN 11. SOFIEYA 12. FARHAN
p/s: Kepada sahabat2 semua, jangan lupa menyokong kami semua ya! kalau ada masa undilah kami dengan menaip AN dan hantar ke 33399